Thursday 17 December 2020

Kehadiran Misteri Monolit di Tengah-Tengah Padang Pasir Dah Terjawab!

Baru-baru ini, jika anda pengikut berita-berita sains dunia, pasti anda pernah terbaca berita kehadiran monolit aneh di tengah-tengah kawasan kanyon negeri Utah, AS. Monolit yang berketinggian 3 meter yang terletak di tenggara Utah membinggungkan para pegawai hidupan liar negeri. Pada 18 November 2020, kumpulan ahli biologi dari Jabatan Keselamatan Awam Utah menggunakan helikopter untuk terbang di kawasan Red Rock Country, bertujuan untuk mengira populasi spesis kambing bernama Bighorn Sheep. Pengendali helikopter bernama Bret Hutchings adalah orang pertama perasan ada kilauan cahaya di tengah-tengah padang pasir merah itu. Mereka kemudian mendarat dan mennyiasat secara mendekat dengan tiang berkilauan tersebut. Sampai ke tiang tersebut, mereka tidak merasakan apa-apa yang aneh, di luar logik akal mereka kerana mereka awal jangkakan seperti itu. Tiang itu hanyalah kepingan besi aloi yang membentuk segi tiga menegak dan dipaku. Bila melihat tiang itu, ia kelihatan seperti monolit iaitu tiang batu yang tinggi melebihi saiz manusia. Selepas penemuan ‘monolit’ besi aloi itu, jabatan itu sebarkan berita itu namun tidak menyatakan lokasi sebenar demi menjaga kawasan Red Rock Country tercemar oleh lambakan orang. Namun dalam 48 jam, seorang pesara tentera AS berusia 33 tahun bernama David Surber menemui lokasinya hanya berpandukan aplikasi Google Earth.David Surber, pesara tentera AS menjadi orang awam pertama tiba di kawasan Monolit Utah Surber kemudian memandu selama 6 jam dari rumahnya ke monolit tersebut dan menjadi orang awam pertama tiba. Kemudian dia sebarkan kordinasi monolit itu di laman web sosial Reddit dan bermulanya lambakan orang berpusu-pusu ke monolit itu. Jabatan Keselamatan Awam Utah tidak dapat berbuat apa-apa bagi menghalang orang awam mengunjungi ke kawasan monolit itu kerana ia kawasan terbuka dan mentaliti rakyat AS yang mempercayai konsep ‘free country’. Namun, persoalan utama timbul. Siapakah yang bertanggungjawab meletakkan monolit di kawasan lapang yang asing? Sebenarnya monolit yang dipanggil sebagai ‘Monolith Utah’ ini telah lama berdiri di kawasan padang pasir merah pada 5 tahun lalu. Pada bulan Ogos 2015, monolit itu tidak hadir dalam aplikasi Google Earth. Setahun kemudian iaitu Ogos 2016, satelit peta mengesan kehadirannya.Perbandingan peta satelit Red Rock Country pada Ogos 2015 dan Oktober 2016. Terdapat dua teori tentang siapakah orang yang bertanggungjawab berbuat sedemikian. Pertama, ia dilakukan oleh artis bernama John McCracken, artis yang terkenal dengan seni ‘arca satah’. Namun pemilik galeri McCracken bernama David Zwirner menafikannya kerana McCracken telah meninggal dunia pada 2011. Jadi, mustahil mendiang tiba-tiba saja datang membawa monolit itu. Teori kedua adalah artis yang berbuat sedemikian adalah Petecia Le Fawnhawk yang biasa meletakkan arca tiangnya di kawasan lapang dan padang pasir. Tempat tinggalnya di Utah juga menguatkan hujah bahawa dialah orangnya. Namun Fawnhawk menafikan bahawa dialah pemilik monolit kerana dia menyatakan kepada majalah seni Artnet bahawa dia tidak pernah terfikir untuk menempatkan seninya di Red Rock Country. Menurut pandangan artis British bernama Andy Meritt, artis yang terkenal dengan mereka arca di kawasan awam, pasti ada antara artis AS berbuat sedemikian atau peminat fanatik wayang ‘2001: A Space Odyssey’ yang sengaja ‘prank’ orang awam dengan monolit dia bina. Dalam wayang ‘2001: A Space Odyssey’, terdapat sebuah monolit persis Monolit Utah namun lebarnya berbeza sedikit di mana monolit dari wayang lebih lebar. Warna monolit wayang pula berwarna hitam dan tidak memantulkan cahaya. Si peniru mesti memastikan monolitnya sama dengan monolit dari wayang, bukan sengaja menjadikannya berkilau. Maka, pemilik Monolit Utah masih misteri dan disiasat lagi oleh Jabatan Keselamatan Awam Utah. Mereka juga memastikan bahawa keselamatan orang awam terjamin supaya tidak tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini dalam kawasan padang pasir merah itu, selain membiarkan monolit menegak begitu saja. Perkembangan terkini: Sejak tergemparnya berita ini, dua minggu kemudian muncul lagi ‘monolit’ diletakkan di sungai berdekatan Batca Doamnei Hill dalam kota Piatra Neamt, utara Romania. Kemudian, muncul lagi ‘monolit’ ketiga di puncak Gunung Pine di Atascadero, California. Sebenarnya, artis yang bertanggungjawab menggemparkan dunia dengan kehadiran misteri monolit ini adalah artis yang hanya dipanggil sebagai ‘The Most Famous Artist’ yang menetap di Santa Fe, Mexico. Banyak hantara artis ini berkenaan monolit segi tiga yang dia jual di media sosial seperti Instagram dan Twitter dengan harga $45,000. Malah, Monolit Utah itu sebenarnya kerja ‘The Most Famous Artist’ untuk melakukan jualan arca dia. Pernah beliau ditemuramah media laman web bernama Mashable dengan nama sebenarnya iaitu Matty Mo dan temu ramah tersebut hanya pendek saja setelah selesai mendapat jawapan sebenar. Mo berkata, dia tidak akan berkata panjang lebar akan kebenaran meletakkan arcanya di Utah itu namun dia hanya melakukan bisnes jualan arcanya dengan pendekatan pasaran yang berbeza dengan meletakkannya di kawasan semula jadi. Tambahan lagi, Mo teruskan pendekatan pasaran yang aneh ini akan datang dan tidak akan bertanggungjawab jika monolit yang telah dia jual menjadi alat untuk menggemparkan warga dunia. Sejak terbongkarnya kisah sebenar Monolit Utah, ketiga-tiga monolit tersebut telah dialihkan. Monolit Utah pula telah dialihkan oleh 4 orang semalaman yang berkemungkinan adalah penyebab utama. Jadi, kes sudah selesai, kan? RUJUKAN: Pappas, S. (25 November 2020). Mysterious Metal Monolith Appears in Remote Utah Desert And Has Authorities Stumped. Live Science. Published by Science Alert. https://www.sciencealert.com/someone-set-up-this-mysterious-metal-monolith-in-utah-desert Bryant, M. (27 November 2020). Visitors track down mystery desert monolith in Utah. The Guardian. https://www.theguardian.com/us-news/2020/nov/27/monolith-red-rocks-utah-desert
http://dlvr.it/Rnq2mJ

No comments:

Post a Comment